Kampung Batu Ampat
adalah berasal dari sebutan orang jepun iaitu “Ampat”. Apabila orang melayu menetap di kampung ini mereka telah
menukar sebutannya kepada Kampung Batu “Empat”. Pada tahun 2000 nama kampung
ini telah ditukar dan diisytiharkan kepada Kampung Batu Ampat. Kampung ini
telah diketuai oleh Encik Haji Hairuddin bin Haji Aripin selaku ketua kampung.
Kampung ini terdapat 10 rangkaian kampung dibawahnya iaitu Pekan Batu Ampat,
Kampung Sepak Hilir, Kampung Sepak Hulu, Kampung Batu 3, Desa Sejahtera, Desa Makmur,
Desa Wawasan, Desa Damai, Desa Idaman dan Air Terjun Kota.
Antara
keistimewaan yang terdapat di kampung ini ialah mempunyai kemudahan yang
lengkap seperti balai polis, klinik desa, dewan serbaguna, masjid, kompleks
penghulu dan lain-lain. Di kampung ini juga terdapat penginapan rumah sewa dan
rumah komuniti. Lokasi yang terdekat untuk penduduk kampung membeli belah
adalah di Bandar Kota Tinggi. Jarak dari Kampung Batu Ampat ke Bandar Kota
Tinggi adalah 13km.
.jpg)

No comments:
Post a Comment